Saturday, October 25, 2008

Kasih sayang adalah fitrah semulajadi manusia

Ia adalah makanan jiwa
Penyubur jiwa, penceria muka

Sangat diperlukan oleh setiap hati insan

Setiap orang tidak kira bagaimana kedudukan sangat berhajat kepadanya

Makanan jiwa lebih diperlukan daripada makanan fizikal

Kerana darinyalah sebahagian daripada sumber kebahagiaan manusia

Dari kasih sayang manusia bersaudara
Bertimbang rasa, bermaaf-maafan dan boleh bekerjasama

Suburnya kasih sayang fakir miskin terbela

Perikemanusiaan wujud, kemesraan sentiasa berbunga

Mudah bertolak ansur di dalam setiap perkara

Dari kasih sayang hasad dengki kurang
Kata-mengata, hina-menghina jarang berlaku di kalangan manusia

Suburkanlah kasih sayang!

Bermula daripada mencintai Allah Pencipta manusia

Cintakan Allah adalah anak kunci

cintakan sesama manusia
Ertinya cintakan Tuhan mengikat hati manusia sesama mereka

Cinta sesama manusia tidak akan wujud oleh harta

Tidak akan berlaku dengan sebab ilmu atau pangkat

Tidak akan terjadi dengan hanya slogan-slogan

Juga tidak akan berlaku hanya di majlis-majlis makan

Oleh itu siapa sahaja yang inginkan memperjuangkan perpaduan

Perjuangkanlah kasih sayang
Dengan memperjuangkan cintakan Tuhan khaliqul 'alam

Cintakan Allah adalah menjadi pengikat cinta sesama manusia.

No comments: